SEBUAH BINAAN JALAN - SIRI 01

Friday, February 19, 2010




" Sudah lamakah kamu berdua berkenalan? Melihat kelakuan kamu berdua, seakan-akan sudah lama kenal, dan membuatkan saya soalah-olah tidak percaya yang kamu berdua baru bertemu dalam program ini ", kata seorang guru kaunselor sebuah sekolah agama lelaki terkemuka di Pulau Pinang. Persoalan yang dilontarkan pada kami dibalas olah kawan saya dengan senyuman. Saya pun balas juga persoalan tersebut, tetapi dengan seribu tanda tanya di dada. Sejak menceburkan diri dalam bidang motivasi pelajar dan mahasiswa (dengan kata lainnya, jurutera masyarakat) 1 semester pada awal tahun 2006, sedikit keanehan terasa, wujud kemesraan yang luar biasa setiap kali berjumpa rakan-rakan (juga jurutera masyarakat) walaupun baru pertama kali berjumpa.

Sudah mendapat jawapan kepada persoalan saya? Tidak mengapa, simpan dahulu. Semestinya anda seorang yang gemar membaca. Jika belum mendapat jawapannya, jangan berasa rendah diri. Saya ada hadiah istimewa untuk anda, ya untuk anda - semestinya blog ini diciptakan khusus untuk anda. Hadiah yang berupa sebuah kisah - semestinya kisah realiti dan boleh dijadikan iktibar, bukan kisah santau, pontianak harum sundal malam, saka dan sebagainya.Pernahkan anda mendengar kisah muhajirin dan ansar. Bagi yang sudah mendengarnya, pasti akan merasa bangga, dan bagi yang belum mendengarnya, pasti akan merasa terkejut.

FAKTA 01: MUHAJIRIN DAN ANSAR ADALAH KAUM YANG BELUM PERNAH BERKENALAN DENGAN LEBIH RAPAT DIANTARA SATU SAMA LAIN, MEREKA DIPISAHKAN OLEH PADANG PASIR DENGAN JARAK MELEBIHI 300 KM. MEREKA DISATUKAN DAN DISAUDARAKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW PADA PERISTIWA PALING BERSEJARAN DALAM DUNIA ISLAM IAITU PERISTIWA HIJRAH KE MADINAH.

Daripada fakta di atas, mengikut logik akal, tidak mungkin kemesraan berputik di awal perkenalan mereka yang langsung tidak didasarkan dengan hubungan kekeluargaan. TETAPI PERCAYALAH KISAH-KISAH INI:

  1. Sa'd bin ar-Rabi', seorang Ansar sanggup menawarkan kepada Abdurrahman bin Auf, seorang Muhajirin, separuh hartanya dan salah seorang isterinya kepada Abdurrahman b Auf untuk dikahwininya.
  2. Kaum Ansar bemurah hati untuk menyediakan rumah mereka bagi menyambut kaum muhajirin untuk menginap di rumah mereka.
  3. Orang-orang Ansar taat akan perintah Nabi saw untuk membahagikan hasil-hasil tanaman kepada orang-orang Muhajirin.
  4. Ketika Perang Hunain, tentera Islam berjaya mengalahkan pihak musuh dan mendapat hasil rampasan perang yang sangat banyak. Kaum Ansar merelakan untuk tidak mendapat harta rampasa tersebut, lalu dibahagikan kepada kaum lain.
Hebat bukan. Namun ianya bukan suatu yang mustahil untuk dicipta. Ukhuwah yang terjalin tidak lain tidak bukan adalah suatu nikmat. Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut, untuk lebih memahamkan berkaitan isu ini, mari kita lihat dari prospek berikut



Jalan merupakan sebuah binaan yang menggabungkan bahan-bahan seperti tanah, agregat (istilah kejuruteraan yang merujuk kepada longgokan batu kerikil yang mempunyai saiz yang tertentu) dan bitumen. Sehari suntuh hari ni saya berada di Makmal Jalan Raya & Pengangkutan, Universiti Teknologi Malaysia, untuk menyediakan sampel jalan (bagi tujuan projek tahun akhir - pembentangan berbaki 2 minggu lagi - mohon doa dari anda agar Allah mempermudahkan segala kerja-kerja saya). Untuk pengetahuan anda, seberat 100 kg sampel perlu saya sediakan secara MANUAL tanpa menggunakan sebarang mesin atau alat pembantu mekanikal yang lain.

Teknik penyediaan sampel jalan adalah dengan cara menggaulkan agregat dengan bitumen di dalam kuali (ala-ala goring gitu) sehingga campuran yang sebati dicapai. Selepas digoreng, sampel perlu digelek sebanyak 700 KALI GELEKAN !!! Wow. Bagi siapa yang pernah menyediakan kek batik (campuran biskut marie dan serbuk coklat), lebih kurang begitulah prosesnya, Cuma yang bezanya, kek batik tidak perlu digelek, cukup sekadar menekan ke bawah untuk memadatkannya.

Bunyinya agak mudah, bukan, namun percayalah, penyediaan sampel sangat-sangat kompleks dan perlu melalui beberapa siri ujikaji kecil untuk memastikan bahan yang akan digunakan dalam penyediaan sampel ini benar-benar tepat dari segi pemilihan bahan dan kuantitinya. Baiklah para pembaca sekalian, disebabkan skop perbincangan yang agak luas berkaitan agregat dan pemadatan, saya terpaksa memfokuskan hanya elemen tertentu sahaja dan meninggalkan yang lain. Tapi jangan gundah, jangan kecewa wahai pembaca sekalian, perbicangan ini tidak akan terhenti di sini dan akan diteruskan pada siri-siri yang akan datang. Yang penting, teruskan istiqomah dalam membaca blog sebuahbinaan.

Untuk siri ini, apa yang ingin dikongsi BUAT PERTAMA KALINYA bersama dengan anda adalah berkaitan dengan bitumen. Tahukah anda, apakah fungsi bitumen dalam pembinaan jalan raya? Untuk menjawab soalan ini, elok kiranya saya memaklumkan kepada anda bahawa bitumen juga dikenali sebagai pengikat, atau dalam bahasa orang puteh, binder. Jadi, anda sudah dapat mengagak peranan bitumen? Ya, tepat sekali. Bitumen bertindak sebagai pengikat agregat untuk mewujudkan ikatan diantara agregat-agregat yang berbeza dari segi saiz, lalu terhasil jalan yang kukuh.

Tahukah anda, dahulunya tar digunakan sebagai pengikat. Oleh kerana penggunaan tar yang boleh memudaratkan kesihatan, maka penggunaannya diambilalih oleh bitumen. Sebab itu, zaman tok nenek kita dahulu, bila merujuk kepada jalan, mereka akan sebut jalan tar sehingga sekarang, walaupun penggunaannya tar sudah ‘expired’. Kini muncul sebuah pengikat yang kebih kuat daripada bitumen, dikenali sebagai bitumen terubahsuai atau dipanggil sebagai Bitumen PG (state for Performance Graded). Bitumen jenis ini terhasil apabila bitumen konvensional dicampurkan dengan polimer. Para penyelidik telah sepakat bahawa bitumen PG adalah yang paling kuat setakat ini untuk mengikat agregat. NAMUN AWAS! Sekiranya anda menggunakan bitumen PG dalam kerja-kerja makmal, kemungkinan besar, ketika anda mengambil bitumen PG menggunakan tangan, jika tidak berhati-hati kuku anda akan tercabut.





Daripada pendedahan di atas, jelas menunjukkan pengikat yang baik diperlukan untuk mengikat agregat-agregat menjadi struktur binaan yang kukuk agar boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan yang bergerak di permukaannya. Maka, jawapan kepada persoalan di atar ada hubungkait dengan pengikat. Ingin ketahui pengikat apa yang digunakan olah kaum Muhajirin dan Ansar dan juga saya bersama kawan-kawan saya sehingga wujudnya ikatan yang luarbiasa antara kami? Nantikan kemunculan siri yang kedua sedikit masa lagi. Sekian.


2 comments:

srycandy February 27, 2010 at 10:14 PM  

Penulisan ilmiah yang bagus. Saya bagi 10 *... (adib)

Mohd Noor Asyraf Amiruddin March 2, 2010 at 1:55 AM  

Thanks. Teruskan membaca and sentiasa memberikan komen yang membina.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP