SEBUAH BINAAN TEMBOK KELULI DI GAZA

Saturday, February 20, 2010

Assalamualaikum wbt.




Bertempat di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTM, topik ini ditulis. Fakulti ini menyediakan perkhidmatan Wifi internetnya sendiri, yang pastinya lebih laju daripada Wifi rasmi UTM. Opps, jangan saman saya atas komen ini wahai NC yang dikasihi, saya masih belajar lagi.

Oklah, tadi saya baru sahaja selesai menemani seorang ikhwah (panggilan mesra bagi seorang kawan/sahabat) yang datang nun jauh dari Utara (kini menjadi Pegawai Penyelidik di UNIMAP - bagi yang mengenalinya, tahniah saya ucapkan), di sebuah restoran di Taman Pulai Perdana, Skudai. Pada awalnya, ingin sahaja kami (bersama 2 housemate saya) belanja beliau makan, tapi berlaku sebaliknya, beliau pula yang belanja kami makan. Subhanallah. Untuk pengetahuan anda (ya, anda, tiada orang lain selain saya mengkhususkan artikel ini untuk anda), kami dan beliau bukan datangnya dari sekolah, matrikulasi mahupun IPTA yang sama, tetapi kemesraan yang LUAR BIASA itu tetap terjalin. PERSOALANNYA, BAGAIMANA IANYA TERJADI? Jawapannya pada Siri ke 2, artikel SEBUAH BINAAN JALAN, kesinambunga kepada artikel SEBUAH BINAAN JALAN SIRI-01, yang akan menyusul tidak lama lagi. Opps, maaf ya kerana mengecewakan anda semua kerana, topik pada kali ini bukan bertujuan untuk menyambung artikel berkenaan, tapi jangan risau, InsyaAllah saya akan mengotakan janji-janji. saya.

Pada topik kali ini, saya akan berkongsi berkaitan jenis tembok yang dibina di Sempada Gaza, yang menjadi sempadan diantara Palestin dan Mesir. TEMBOK DI GAZA ??? TEMBOK APA ??? Oh, anda tidak tahu ke ??? Kalau yang tahu, baguslah, tapi yang tidak tahu, mungkin BELUM TAHU LAGI. Tapi tidak mengapa, blog ini memang direka khusus untuk anda, sama-sama boleh kita berkongsi, apa yang saya tahu, mungkin anda tidak tahu, apa yang anda tahu, mungkin saya tidak tahu. Kalau dua-dua tidak tahu, ALAMAK ??? Baiklah, di bawah terdapat beberapa gambar berkaitan tembok berkenaan.



FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.




Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil 'Sheet', ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.




Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.

FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI "SUPER-STRENGTH STEEL". KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.

Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep 'jingsaw' - mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.

Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.

Prof Dr Yusuf Garadhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'. Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)". Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Selesai sudah perkongsian saya berkenaan Tembok Keluli. Sebarang tambahan, akan dilakukan kemudian. MENARIK KE? Kalau menarik, akan saya lanjutkan perkongsian berkenaan Tembok Pemisah di Tebing Barat, sejauh 700 KM (mungkin yang terpanjang di dunia) yang dibuat daripada konkrit. Bagaimana bentuk tembok berkenaan ? Lihat di bawah.




Ok, Jumpa lagi.

Assalamualaikum wbt.

7 comments:

Bro Syah March 1, 2010 at 5:00 PM  

subhanallah

artikel yang menarik,berkualiti,siap dgn analisis tersendiri

mmng kualiti seorang researcher..huhu

Mohd Noor Asyraf Amiruddin March 2, 2010 at 1:54 AM  

Jazakallah Bro Syah. Penelitian anda terhadap artikel ini juga menunjukkan anda juga seorang researcher.

HURUL MARDHIYAH March 7, 2010 at 4:32 AM  

salam ziarah ..
entry yg diulas dgn baik..
as part of civil eng student ..
am quite proud with this article..
hrp trus thbt ..insyaALLAH..

Werdah March 7, 2010 at 8:40 PM  

Salam perkenalan daripada bekas guru kejuruteraan awam dan bekas pelajar kejuruteraan awam diUTM (mula-mula di Jalan Semarak, kmd di skudai).. dah pencen .. alhamdulillah .. teruskan menulis.. dan memberi maklumat krn teknologi ni cepat berkembang pesat..

Zikir Din May 10, 2010 at 11:56 PM  

salam akhi,
baguslah artikel anta..
knapa lama tak menulis? sibuk ke?
maklumlah, antum memang aktif berdakwah..
selamat berdakwah.

malaysia baru July 12, 2010 at 12:15 AM  

jingsaw atau jigsaw iaitu kaedah penyambungan yang saling mengunci (interlocking).

KERAJAAN MESIR: nampak zahir mcm merdeka,
tapi krn mindanya terjajah.
DOAKAN spy minda orang islam jadi merdeka...

nurulain March 29, 2013 at 1:59 AM  

Salam.tgh cari bahan utk buat presentation utk boss pasal retaining wall.sekali jumpa blog best ni.terus follow.teruskan menulis.info yg baik.sy dpt 1 ilmu harini.syukran

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP